Pages

Sunday, December 13, 2015

SEJERNIH EMBUN, SESEJUK SALJU: RAMAH MESRA PADANG KOTA 2015.

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat bersamaan 11/12/2015 baru-baru ini telah diadakan program Ramah Mesra Padang Kota​ anjuran MUTIARA.

Program ini adalah bagi mengumpulkan mahasiswa dan mahasiswi Pulau Pinang seluruh Jordan dengan beberapa sasaran, diantaranya adalah mengeratkan ukhwah antara mahasiswa mahasiswi Pulau Pinang dan memperkenalkan MUTIARA kepada mahasiswa mahasiswi tahun satu.


Terima kasih kepada ahli jawatan kuasa program ramah mesra di atas kejayaan kalian menganjurkan program yang santai namun penuh dengan 1001 kenangan.

Semoga tercapai objektif yang kita inginkan dan semoga kita bertemu lagi dalam program MUTIARA yang lain.

"Membangun Bersama Mutiara"






Friday, November 13, 2015

SESI PERTEMUAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KEBAJIKAN 2.0.

Alhamdulillah, pada 13/11/2015 hari jumaat, telah berlangsung sesi pertemuan dan penyampaian bantuan kepada beberapa orang ahli MUTIARA di Mutah.

Ziarah mahabah dan penyampaian bantuan ini telah disempurnakan oleh YDP Muhammad Ansari Bin Paslan bersama ketua dan timbalan biro kebajikan MUTIARA saudara Syed Luqman dan saudari Nadia Azudin, turut bersama-sama wakil AMT saudara Ridzuan Ibn Din dan Muhammad Nazirul, juga ditemani oleh perwakilan Mutah saudara Syahmi Saiful Anuar dan saudari Natirah Suhaimi.


Terima Kasih kepada semua yang menjayakan sesi pertemuan dan penyampaian bantuan, serta rumah-rumah yang menyiapkan jamuan dan sambut kehadiran kami. Semoga ikatan ukhwah antara pimpinan dan ahli serta ahli dan pimpinan sentiasa kukuh dan utuh demi Islam. 

Jazakallahukhairan.

"Membangun Bersama Mutiara"


Barisan Pimpinan MUTIARA bersama salah seorang ahli MUTIARA yang dibantu.

Sedang mendengar pemasaalahan juga cadangan dari ahli.

Timbalan Biro Kebajikan MUTIARA saudari Nadiah sedang menyampaikan batuan kepada salah seorang ahli.


Berjalan-jalan dari rumah ke rumah meninjau pemasaalahan sebahagian ahli.

Demi sebuah amanah dan tanggungjawab.

Di rumah Kak Fatin Nasirah, terima kasih atas jamuan da cadangan yang diberikan.

Menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.


Thursday, November 12, 2015

SESI PERTEMUAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KEBAJIKAN 1.0.

Alhamdulillah pada 12/11/2015 hari khamis selesai sudah pertemuan mata dan pengagihan bantuan kebajikan kepada penerima bantuan di Amman. 

Pertemuan ini disempurnakan oleh Tuan YDP MUTIARA saudara Muhammad Ansari Bin Paslan bersama ketua biro kebajikan saudara Syed Luqman dan juga wakil pimpinan.

Terima kasih kepada semua dan in shaa allah, pada esok hari kita akan ada sesi bertemu mata dan pengagihan bantuan di Mutah, jumpa anda di sana.

"Membangun Bersama Mutiara"








Sunday, October 25, 2015

MESYUARAT ALT MUTIARA DAN MUHASABAH SEPARUH SESI 2015/2016.

Mesyuarat ALT MUTIARA 2015/2016 kali ke dua/ muhasabah separuh sesi.

Alhamdulillah, usai bertemu mata antara ALT MUTIARA dalam mesyuarat kali kedua serta muhasabah separuh sesi yang turut dihadiri oleh penasihat MUTIARA saudara Qusyairi.

Beberapa perkara sempat dibahaskan dan terdapat perancangan tahunan untuk ahli MUTIARA.
Semoga kita terus bekerjasama dalam memacu MUTIARA yang mampu berdiri sama tinggi dengan BKAN BKAN lain.

Muhammad Nazirul Bin Mohamad Musidi
Setiausaha Agung MUTIARA 2015/2016

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"



Thursday, October 15, 2015

GATHERING BERSAMA MAHASISWA BARU DI MUTAH.

[Perwakilan Mu'tah ]

Bismillah .
Alhamdulillah , semalam pada 15/10/2015 bersamaan 2 muharram 1437H telah berlangsungnya majlis kesyukuran serta sambutan pelajar baru di mantiqah Mu'tah . Turut hadir bersama ialah YDP MUTIARA sendiri saudara Ansari dari Irbid.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis serta yang hadir memeriahkan majlis .

Semoga Allah memberkati majlis yang menyatukan kita semua dan ukhuwwah yang terjalin dapat dieratkan dengan adanya majlis ini .

Jazakumullahil kheir .

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"