Pages

Sunday, August 9, 2015

BELANGSUKAWA UNTUK PERMATA UMMAH.

Dr Mustafa Wahbah Al-Zuhaily Rahimahullah.
1932-2015

"Belangsukawa Untuk Permata Ummah"

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
1- Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kita dikejutkan dengan berita pemergiaan Fadhilatul Al-Syeikh Al-Allamah Dr.Mustafa Wahbah Al-Zuhaily kepada Allah Azawajal.

2- Pemergian "Permata Ummah" ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat umat Islam di seluruh pelosok dunia. Nabi S.A.W bersabda dalam sepotong hadis:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا . رواه البخاري

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307)

3- Dunia keseluruhannya menagisi pemergian ulama agung ini menghadap Tuhan yang esa. Banyak jasa dan limpahan budi beliau dalam dunia keilmuan Islam khususnya dalam bidang Syariah. Antara kitab beliau yang masyhur ialah Fiqhul Islami Wa Adilatuha, Tafsir Al-Munir, dll.

4-Semoga Allah Azawajal menggantikan beliau dengan ulama-ulama yang akan terus membawa ummah ini dengan sinar keilmuaan dalam mengapai redha Allah.


"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"




Sunday, August 2, 2015

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2015.

[Pasca-rumah terbuka]

Alhamdulillah pada Khamis lepas 30/7/2015 telah berlangsungnya majlis jamuan makan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan ahli MUTIARA Irbid dengan kerjasama BKAN-BKAN utara (Perak Perlis Kedah).

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah memberi komitmen dan sumbangan dalam apa-apa jua bentuk.

Semoga ukhuwwah kita dapat dieratkan lagi dengan adanya program yang sebegini dan semoga bertemu lagi pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"
Nazmina Zaki,
[Perwakilan Irbid]