Pages

Friday, May 10, 2013

JAULAH HARIA MUTIARA 2012/2013

Pada 4 Mei 2013,Mutiara Jordan telah mengadakan Family Day di Amman Theme Park.Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk merapat ukhuwah sesama ahli,pembubaran kepimpinan sesi 2012/2013 serta pelantikan kepimpinan baru Mutiara sesi 2013/2014.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka,cabutan bertuah,'haflah khirijin' (sambutan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pengajian) serta pemberian anugerah kepada bintang-bintang Mutiara Jordan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Program,iaitu Ustaz Fahmi serta barisan ajk family day kali ini yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dengan baik dan lancar.





Pemberian anugerah kepada bintang-bintang Mutiara.
Ucapan daripada Pengarah Program,Ustaz Fahmi.

Ucapan oleh YDP sesi 2012/2013,Ustaz Aiman.
            


             Pemotongan kek oleh YDP baru,Ustaz Yuhakim.

Lawatan ke Amman Theme Park.

Semoga aktiviti yang menarik ini dapat dijalankan lagi dengan jayanya di masa hadapan enshaAllah.