Pages

Sunday, September 27, 2015

SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN SEMESTER BARU.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

[ SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN SEMESTER BARU ]

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) mengucapkan selamat memulakan pengajian semester baru kepada semua ahli MUTIARA khususnya dan semua mahasiswa Malaysia Jordan.
Semoga semester baru yang akan bermula mampu menaikkan semangat kita untuk menjadi mahasiswa cemerlang di dunia dan akhirat.

Perbetulkan niat belajar kerana Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah merupakan sebaik-baik perancang.

Selamat belajar!

Ikhlas daripada,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) 2015/2016

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"

SELAMAT DATANG KE BUMI SYAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bergelar seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. kerana dengan jerih payah baginda menyampaikan dakwah mengenai Islam, alhamdulillah, kita dapat merasai nikmat yang terbesar yang dianugerahkan kepada setiap umat Islam iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

Alhamdulillah.
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) telah menerima beberapa orang ahli MUTIARA baru untuk meneruskan pengajian di bumi syam ini. Pelaja-pelajar baru ini telah mendaftarkan diri di mantiqah masing-masing iaitu Amman, Irbid, Mafraq dan Mu'tah.

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) berharap agar semua ahli baru MUTIARA dapat menyesuaikan diri di tempat baru bagi meneruskan pengajian. 

In shaa Allah, semoga kejayaan milik kita bersama.

::Kebajikan Diutama, Ukhuwah Terjana, MUTIARA Sejahtera::

Ikhlas daripada,
Majlis Mahasiswa Malaysia Jordan 2015/2016. 

Thursday, September 24, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2015.

 Selamat Hari Raya Aidil-Adha 1436H 

Barisan Kepimpinan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua ahli MUTIARA.

Semoga kita semua dapat memaknai erti sebenar pengorbanan dan berusaha menjadi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


Sunday, September 13, 2015

SLOT BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI BERSAMA MAHASISWA BARU PULAU PINANG 2015.

Slot Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Mutiara Jordan bersama Mahasiswa Baru dalam Program Minggu Taaruf Siswa 2015/2016. Wakil MUTIARA telah bertemu dan memperkenalkan MUTIARA yang merupakan badan kebajikan anak negeri pulau pinang adalah tempat bernaung dan akan menjaga kebajikan mahasiswa negeri Pulau Pinang.

Selamat Datang Semua.

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"




Thursday, September 10, 2015

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TKM 1 PULAU PINANG.

Khamis, 10 SEPT 2015
Kunjungan hormat pimpinan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (Mutiara) ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Hj Rashid Hasnon.

Sempat berbincang beberapa perkara berkaitan kebajikkan mahasiswa Pulau Pinang, apa maklumat akan menyusul, Terima Kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"