Pages

Sunday, September 27, 2015

SELAMAT DATANG KE BUMI SYAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bergelar seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. kerana dengan jerih payah baginda menyampaikan dakwah mengenai Islam, alhamdulillah, kita dapat merasai nikmat yang terbesar yang dianugerahkan kepada setiap umat Islam iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

Alhamdulillah.
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) telah menerima beberapa orang ahli MUTIARA baru untuk meneruskan pengajian di bumi syam ini. Pelaja-pelajar baru ini telah mendaftarkan diri di mantiqah masing-masing iaitu Amman, Irbid, Mafraq dan Mu'tah.

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) berharap agar semua ahli baru MUTIARA dapat menyesuaikan diri di tempat baru bagi meneruskan pengajian. 

In shaa Allah, semoga kejayaan milik kita bersama.

::Kebajikan Diutama, Ukhuwah Terjana, MUTIARA Sejahtera::

Ikhlas daripada,
Majlis Mahasiswa Malaysia Jordan 2015/2016. 

No comments:

Post a Comment