Pages

Thursday, September 5, 2013

KURSUS ORIENTASI PERSEDIAAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH

Kepala Batas, 5 September 2013 : Suatu program telah diadakan buat bakal Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan melanjutkan pengajian ke Bumi Syam dan Ardul Kinanah. Program ini telah diadakan pada tanggal 27 dan 28 Ogos 2013 Masihi bersamaan 21 dan 22 Syawal 1434 Hijrah, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas yang disertai oleh 10 peserta Jordan dan 42 peserta Mesir yang terdiri daripada Bidang Pengajian Islam dan Sains Perubatan. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM).

Program ini telah membuka tirainya pada jam 3 petang dengan Majlis Perasmian yang telah dirasmikan oleh Pegawai Bahagian Pendidikan JHEAIPP Ustaz Muhd Luqman Hakim Mokhtar. Seterusnya program diteruskan dengan slot-slot yang telah diatur oleh pihak penganjur. Mantan YDP MUTIARA, Ustaz Muhammad  Zharif dan Mantan YDPAH, Ustazah Nurul Azzah turut sama meluangkan masa memberi pengisian buat bakal generasi baru yang akan melanjutkan pengajian ke Bumi Syam.

Program ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP) Dr. Azman Abdul Samad dan ucapan ringkas dari wakil MUTIARA, Ustaz Muhammad Zharif Bin Ahamad. Dengan ini, diharapkan program ini dapat memberi pencerahan dan manfaat kepada semua yang hadir khususnya buat generasi baru yang akan ke Bumi Syam tak lama lagi.

::Membangun Bersama Mutiara::

Disediakan oleh,
Setiausaha Agong,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014

Para peserta Mesir dan Jordan bergambar bersama Dr. Azman

Wajah generasi baru yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan

Barisan urusetia yang hadir meluangkan masa

Wakil pimpinan MUTIARA bergambar bersama Mantan YDP dan YDPAH

Majlis Penutup bersama Dr Azman

Sedikit penghargaan buat Ust Zharif

Sedikit penghargaan buat Ustzh Nurul Azzah

Slot yang disampaikan oleh Ust Nurul Azzah

No comments:

Post a Comment