Pages

Wednesday, July 24, 2013

RAMADHAN KAREEM

{ Salam Ramadhan Al-Mubarak}

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kepada ahi MUTIARA....

..يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

..رمضان مبارك
..كل عام وأنتم بخير

Semoga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya dan lalui madrasah ramadhan dengan penuh pengharapan dari Allah.

                                                 "Selamat berpuasa dan berpesta ibadah"




GRADUAN MAHASISWA MAHASISWI MUTIARA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW, junjungan besar yang menyebar nur-nur islam ke serata alam, seterusnya ke atas para ulamak dan umarak yang terdahulu mahupun kemudian yang berjihad meninggikan izzah islam di bumi tuhan.

“Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”     (Az Zumar: 9)

Melalui ilmu pengetahuan kita mengenal kehidupan, dengannya kita mencintai tuhan. Tanpanya kita menjadi kolot, masyarakat terus mundur. Maka, hajat kepada sang pendidik terhadap umat ini sangatlah besar terutama dalam era manusia cerdik hari ini. Semestinya umat islam tidak boleh dilihat mundur dan terkebelakang, maka dorongan wahyu pertama “bacalah” perlu dihayati oleh setiap umat islam tidak kira golongan usia, sehingga terbina masyarakat muslim berminda kelas pertama.

Sehubungan itu, saya mewakili Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) mengucapkan tahniah dan syabas kepada para graduan mahasiswa dan mahasiswi Jordan khususnya anak jati Pulau Pinang yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka disini baru-baru ini. Sesungguhnya, ini bukanlah satu penamat bahkan sebuah permulaan dalam meneruskan impian masing-masing di samping tidak lupa akan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat. Harapan dan doa MUTIARA agar kalian dipermudahkan urusan dan berhasil menjadi agen perubahan masyarakat kea rah yang lebih baik.
Akhir kalam, buat ahli-ahli MUTIARA yang masih meneruskan pengajian di Jordan, jadikanlah mereka sebagai motivasi buat telusuri ranjau jihad belajar ini. Tiada istilah mudah dan selesa dalam menimba ilmu ini. Semoga kalian juga dapat mempersiapkan diri dengan bekal-bekal ilmu yang sebaiknya sebelum terjun ke dalam masyarakat setelah tamat pengajian nanti.

Wallahua3lam,
Yuhakim Fitri Bin Yunus,
Yang di-Pertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.


GRADUAN MAHASISWA DAN MAHASISWI


Aisyah Bt Ahmad Fikri
Perubatan, JUST
Nurnabilah Bt Zainudin
Perubatan, JUST




Ammar Bin Ismail
usuludin, Universiti Yarmouk

















Nurul Azzah Bt Adzmi
Fiqh wa usul, Universiti Mu'tah




Siti Aisyah Bt Che Sulong
Fiqh wa usul, Universiti Al-Bayt




Nur Fatiha Bt Shuib,
Fiqh wa usul, Universiti Mu'tah





Sunday, July 21, 2013

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG




"Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-13, serta kepada barisan exco negeri yang baru diumumkan.

Kami yakin dan percaya, di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, pentadbiran negeri mampu mengekalkan rentak cemerlang dalam pengurusan pentadbiran di samping meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri.
selamat berkhidmat."

Yang Dipertua,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014

Wednesday, July 3, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh warga Malaysia yang berada di Jordan.
Sempena bulan yang mulia ini,marilah kita sama-sama meningkatkan Ibadah kita dan juga merapatkan hubungan sesama kita agar kita dapat sepenuhnya mengambil manfaat daripada bulan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh muslimin di dunia ini.
Dengarkanlah nasyid tentang Ramadhan yang bertajuk 'Ramadhan Habib'(Ramadhan Yang Dikasihi).
Kami telah menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris,agar kalian dapat memahami isi-isinya dan juga meningkatkan kemampuan Bahasa Arab.
Semoga video ini memberi manfaat kepada semua,enshaAllah :)