Pages

Thursday, February 16, 2012

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA USTAZ AHMAD FATIN SUHAIMI




Kami dari barisan kepimpinan MUTIARA sesi 2011/2012 mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ahmad Fatin Suhaimi atas kejayaan beliau menamatkan pengajian ijazah beliau dalam bidang Usulluddin di Universiti Mu'tah.Semoga kepulangan beliau ke tanah air Malaysia memberikan sinar harapan kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya.Kehilangan beliau yang merupakan mantan timbalan YDP MUTIARA sesi 2010/2011  dan juga merupakan pemain sayap kanan SBB  Mu'tah pasti akan dirasai.Semoga beliau meneruskan pengajian beliau ke peringkat yang tertinggi.Moga dengan ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan bersama masyarakat.

Sunday, February 5, 2012

SELAMAT KEMBALI BELAJAR



Alhamdulillah,fasal thani telah membuka tirainya.Kami AMT MUTIARA mengucapkan selamat kembali belajar kepada seluruh ahli MUTIARA.Mulakan fasal yang baru ini dengan azam dan semangat yang baru.Perbaharui niat masing-masing agar kita tidak tersasar dari tujuan asal kita ke Jordan.Buat mereka yang fasal thani ini merupakan fasal akhir sebelum meninggalkan bumi Jordan ini, kami mengucapkan tahniah dan semoga lulus dengan cemerlang.Buat mereka yang sebelum ini merasakan kurang berjaya,jangan mudah berputus asa.Usaha lagi kerana gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.





Saturday, February 4, 2012

MAULIDUR RASUL

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memanjangkan umur kita dan masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Habibi Mutofa Rasulullah s.a.w serta kaum kerabat Baginda.

Tarikh 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang sangat penting dan seharusnya oleh setiap umat manusia kerana pada tarikh inilah lahirnya seorang Rasul yang bakal melakar sejarah bahkan mengubah sejarah yang terdahulu.Yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan merupakan penutup segala nabi iaitu Habibi Mustofa Rasullulah s.a.w Muhammad ibn Abdullah.

Muhammad ibn Abdullah merupakan seorang anak yatim yang telah disebut di dalam kitab-kitab yang terdahulu yang mana akan dibangkitkan dan diutuskan sebagai nabi dan juga rasul.Terdapat banyak kitab-kitab sirah yang menceritakan perihal serta keperibadian Habibi Mustofa Rasulullah s.a.w.Marilah kita sama-sama melafazkan selawat dan salam ke atas junjungan Habibi Mustofa Rasulullah s.a.w bukan sahaja pada hari ini bahkan pada hari-hari yang akan kita lalui janganlah kita lupakan Baginda.

Sama-sama kita hayati video ini. 

KECINTAAN KEPADA BAGINDA

Wednesday, February 1, 2012

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA USTAZ MOHAMMAD AMIR BIN WAN HARUN


بسم الله الرحمن الرحيم

Kami dari barisan kepimpinan MUTIARA sesi 2011/2012 mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohammad Amir bin Wan Harun atas kejayaan beliau menamatkan pengajian ijazah beliau dalam bidang feqh wa usul di Universiti Mu'tah.Semoga kepulangan beliau ke tanah air Malaysia memberikan sinar harapan kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya.Kehilangan beliau yang merupakan mantan bendahari MUTIARA sesi 2010/2011 serta mantan pengerusi Darul Ifta' dan juga merupakan tenaga pengajar di Mu'tah pasti akan dirasai.Semoga beliau meneruskan pengajian beliau ke peringkat yang tertinggi.
 

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DARUL IFTA' DENGAN MUTIARA JORDAN

























     Alhamdulillah dengan keizinan Allah yang esa, pada hari ahad lepas telah disempurnakan tandatangan perjanjian di antara Darul Ifta' dengan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) sebagai pemodal bagi menerbitkan buku ketiga keluaran Darul Ifta' Publications "Wasiat Buatmu Sahabat".. 

     Tandatangan telah disempurnakan oleh Pengerusi darul Ifta' Ustaz Mohammad Amir bin Wan Harun beserta  Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) Ustaz Muhammad Zharif Bin Ahmad. 

Turut menurunkan tandatangan kedua, lajnah Penerbitan dan multimedia Darul Ifta' Ustazah Rabiatul Adawiyah Binti Roslan beserta Timbalan Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) Ustazah Nurul Azzah Binti Mohamad Nazdmi dan diakhiri dengan tandatangan saksi bagi kedua belah pihak, oleh Ustazah Nurhayati Binti yusof selaku Timbalan Pengerusi Darul Ifta' dan Ustaz Mohd Shakir Bin Shafiee selaku penasihat MUTIARA... 

Dari Kiri: Ustaz Mohd Shakir(Penasihat MUTIARA), Ustaz Zarif (YDP MUTIARA), Ustaz Mohammad Amir(Pengerusi Darul Ifta') , Ustaz Wan Ahmad Fuad (Ketua Lajnah Perbahasan Darul Ifta')


Penurunan Tandatangan oleh YDP MUTIARA Jordan (kiri) dan Pengerusi Darul Ifta'(kanan).


Tandantangan kedua oleh Timbalan YDP MUTIARA:  Ustazah Nurul Azzah (kiri) dan Lajnah Penerbitan dan multimedia Darul Ifta' : Ustazah rabiatul Adawiyah

Penyerahan  modal untuk menerbitkan buku "Wasiat uatmu Sahabat" oleh YDP MUTIARA kepada Pengerusi darul Ifta' Jordan.

Semoga ia menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan kukuh di masa hadapan insyallah....

LAPORAN PENUH PROGRAM ‘APLIKASI KHAZANAH FIQH MODEN’

TARIKH DAN MASA
17 Disember 2011M bersamaan 21 Muharram 1433H
7.00 PAGI – 4.30 PETANG

TEMPAT
DEWAN KULIYAH SYARIAH
UNIVERSITI MU’TAH, JORDAN

DIANJURKAN OLEH
DARUL IFTA’

ANJURAN BERSAMA
MAJLIS MAHASISWA PULAU PINANG JORDAN
PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MUTAH

DENGAN KERJASAMA
KELAB PEGUAM MUDA JORDAN
BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR JORDAN
MALACCA STUDENT SOCIETIES OF JORDAN
HAZMI DIMASYQ TRAVEL

KEKUATAN dan KELEBIHAN
Kursus bermula pada jam 8.30 pagi selepas kehadiran peserta seramai 186 orang. Antara peserta
yang terlibat di dalam program ini adalah peserta tajaan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan,
tajaan Kelab Peguam Muda Jordan, pelajar-pelajar Malaysia Universiti Mu’tah Jordan dan juga
pelajar-pelajar Malaysia Irbid Jordan. Program dimulakan dengan bacaan al-Quran, ucapan
Pengarah Program seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden PERMATA.
Keseluruhan pengisian telah disampaikan dengan cemerlang hasil kombinasi daripada
penceramah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman sepanjang
berada di dunia ilmu Pengajian Islam yang mampu memberikan sedikit variasi segar kepada
peserta. Slot Pencerahan Dunia Fiqh dengan tajuk Cabaran Pemikiran Fiqh Semasa dalam
Konteks Keterbukaan dan Sempadan telah disampaikan oleh Ustaz Ruzaimy, pelajar PhD di
Universiti Jordan. Pembentangan kertas kerja pertama dengan tajuk Prinsip Berta’ammul dengan
Khilaf Fuqaha’ telah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin pelajar Indonesia peringkat Master di
Universiti al-Albayt. Pembentangan kertas kerja kedua dengan tajuk Panduan Asas Merujuk
Kitab antara Priority dan Tatbiqi pula telah disampaikan oleh Ustaz Amir Wan Harun, Pengerusi
Darul Ifta’.
Peserta diberi masa dan ruang untuk bersoal balas bersama penceramah sebagai pencerahan
kepada ketidakfahaman pengisian. Peserta juga dilengkapi dengan set kertas kerja sebagai
rujukan lanjut selepas berakhirnya program. Selain itu, peserta juga diberikan fail dan tag nama
sebagai tanda penyertaan dan juga kengangan dari pihak program.
Bagi slot praktikal peserta telah dipecahkan kepada 20 kumpulan dengan dipimpin oleh panelpanel
yang telah disediakan untuk membantu melicin dan memberikan panduan secara langsung
kepada peserta. Slot yang berjalan selama hampir 40 minit ini telah memberikan pendedahan
kepada peserta kaedah mengistinbatkan hukum dan merujuk kepada kitab-kitab yang telah
disediakan serta menggunakan aplikasi elektronik Maktabah Syamilah.
Program diakhiri dengan pengisian borang muhasabah dan juga ulasan penutupan oleh Pengerusi
Darul Ifta’ dan juga ucapan penutup oleh Pengarah Program. Bersurai pada jam 5.00 malam.

KELEMAHAN dan KEKANGAN
Antara kekangan yang dihadapi oleh pihak penganjur adalah kekangan masa. Masa yang suntuk
tidak mampu memberikan penjelasan sepenuhnya kepada peserta terutama ketika berada di slot
praktikal yang melibatkan rujukan dan pencarian dalil serta penggunaan aplikasi elektronik
Maktabah Syamilah. Keadaan dewan yang bercahaya juga membuatkan pancaran LCD tidak
dapat dilihat dengan jelas. Walaubagaimanapun selitan nota memadai buat rujukan peserta.

MAKLUM BALAS PESERTA
KELEBIHAN KEKURANGAN

1-”Alhamdulillah, Memberi semnagat untuk
mendalami ilmu allah serta membuka minda
untuk terus mengkaji permasalahan fiqh.”
2-”Program ini amat baik kerana membantu
dalam member pencerahan dan gambaran
awal kaedah menyelesaikan permasalahan
fiqh.”
3-”Dari pelajar JUST, Saya memang tertarik
dengan program sebegini, terima kasih atas
setiap pendedahan,pencerahan yang
diberikan. Diharap membuka penyertaan
kepada semua orang tanpa mengira
takahsus.”
4-”Program yang amat membuka mata dan
minda dengan pencerahan yang diberikan
berkenaan aplikasi khazanah fiqh. Aplikasi
yang sangat mencabar dan pelbagai cara
untuk menghadapi masyarakat.
Pembentangan kertas kerja yang sangat
menarik dan berguna.”
5-“Selamat maju jaya dan tahniah kepada
Darul Ifta kerana Berjaya melancarkan
program ilmiah seperti ini.”
6-“Kurang pemahaman dari penyampaian
orang Indonesia, jemput Malaysian.”
7-”3 slot dalam masa satu hari agak
meletihkan, panjangkang tempoh program
agar lebih ringan dan juga tempoh praktikal
dipanjangkan.”
8-”Kepentingan bahasa arab tidak diperingati
di dalam seminar ini walapun diketahui
bahawa bahasa arab adalah penting di dalam
mengeluarkan hukum.”
9-”Permasalahan yang diberikan, susah
mencari nas-nas di nota kaki kerana kitab
tersebut tidak terdapat dalam maktabah
syamilah..harap persoalan hendaklah dicuba
terlebih dahulu oleh penganjur agar ia lebih
lancar.”
10-”Briefing dahulu atau sediakan tenik-teknik
yang lebih jelas untuk peserta bagi
keranamasa tidak mencukupi untuk perbahasan dan
pembentangan.”
mengeluarkan hujah dari kitab.”
11-”Tambahkan masa untuk praktikal

UCAPTAMA YDP MUTIARA 2009/2010




Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum W.B.T …
Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malek Bin Abdul Aziz,
(Duta Besar Malaysia ke Jordan) serta isteri,
Yang Dihormati Tuan Haji Sulaiman bin Ismail,
(Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan) dan isteri,
Barisan rombongan dari Pulau Pinang yang diketuai oleh :
Yang Berhormat Haji Shabudin bin Yahaya
(Yang DiPertua MAINPP),
Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Haji Hassan bin Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli MAINPP) dan isteri,
Yang Dihormati Dato’ Wira Ayub bin Yaakob
(Ketua Polis Negeri Pulau Pinang merangkap ahli MAINPP) dan isteri,
Yang Dikasihi Tuan Haji Azman bin Abdul Samat (Pengurus Besar, Pusat Urus Zakat)
serta
Barisan intelektual delegasi, pegawai-pegawai dan Ahli Lembaga Pengarah (Pusat Urus Zakat), pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan serta hadirin dan hadirat wahana kegemilangan pencetus kecemerlangan.

Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
Adalah baiknya, saya meneruskan ucapan saya ini, dengan memberi sedikit gambaran, tentang statistik mahasiswa dan mahasiswi, anak-anak Pulau Pinang di Jordan.Untuk makluman delegasi dan hadirin sekelian, jumlah mahasiswa Pulau Pinang yang sedang belajar di universiti-universiti di jordan adalah seramai 29 orang. Dari jumlah ini merupakan jumlah yang sederhana berbanding dari negeri-negeri lain di mana para pelajarnya begitu ramai. Untuk perhatian hadirin sekelian juga, kompisisi peratusan ahli Pulau Pinang di Jordan ini adalah 30 peratus yang menuntut di JUST,Irbid dalam bidang perubatan dan pergigian, dan 70 peratus selebihnya menuntut dalam bidang fiqh usul,usuludin dan juga bahasa arab.

Dato’-Dato’, Datin-Datin dan Hadirin hadirat sekalian,
Untuk maklumat delegasi yang hadir, anak-anak Pulau Pinang di Jordan, menuntut di universiti yang berlainan, malah jarak antara satu universiti dengan universiti yang lain agak begitu jauh, oleh itu untuk memastikan anak-anak Pulau Pinang saling kenal mengenali antara mereka, khususnya dalam menjaga anak negeri ini, maka tertubuhnya satu badan kebajikan anak negeri yang diberi nama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan ATAU (MUTIARA).

Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
InsyaALLAH, MUTIARA akan sedia upaya memastikan, kebajikan ahli-ahlinya terjaga, dan berusaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bagi mengisi masa lapang ahli yang terluang. Justeru, MUTIARA sekaligus dapat membimbing ahli, menjadi seorang pelajar yang mempunyai sifat insaniah yang cemerlang, gemilang dan terbilang, di dunia dan di akhirat, di samping memperolehi kecemerlangan darti sudut akademik, InsyaALLAH.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Untuk memastikan kebajikan pelajaran anak-anak Pulau Pinang lebih terjamin, saya mewakili anak-anak Pulau Pinang disini ingin mencadangkan kepada majlis agama Islam Pulau Pinang agar menimbangkan dengan lebih serius tentang kadar kenaikan bantuan zakat dari RM 5000 kepada RM 12000. Ini selaras dengan negeri kita yang diiktiraf sebagai salah satu negeri yang maju. Untuk makluman dato-dato dan datin-datin, pelajar negeri Negeri Selangor dan Sabah sudah merasakan kenaikkan zakat dan apa kurangnya kita, Di samping itu juga, mengenai bantuan tetap kepada persatuan di sini,saya berharap agar pihak kerajaan, dan majlis agama Islam Pulau Pinang, dapat menyalurkan bantuan tetap tahunan kepada kami, bagi membantu perjalanan program dan aktiviti tahunan yang dapat dijalankan dan diteruskan dengan jayanya. Selain itu juga, saya berharap, selepas ini hubungan dan kerjasama yang lebih erat dapat diteruskan antara pihak persatuan di sini dan kerajaan negeri Pulau Pinang, bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak Pulau Pinang di sini lebih terjamin.

Dato’-Dato’, Datin-Datin dan Hadirin hadirat sekalian,
Anak-anak Pulau Pinang di bumi Jordan memang selalu merindui, lawatan sebegini dari delegasi-delegasi kehormat Malaysia, khususnya delegasi-delegasi kehormat dari negeri Pulau Pinang. Ini bagi memupuk semangat kasih sayang antara pemimpin dan rakyat khususnya kami di perantauan yang memang berhajat benar merisik khabar di tanah air tercinta. Dalam pepatah arab ada menyebut ” ziarahlah jarang-jarang nescaya akan bertambah kasih sayang. Jadi, pada malam ini, terbuktiklah jalinan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat telah tersemai. Alhamdulillah.

Para hadirin yang dirahmati ALLAH,
Untuk menutup ucapan saya pada malam yang penuh barakah ini, di malam awal tahun Muharram 1431H, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Haji Shabudin bin Yahaya (Yang DiPertua MAINPP), dan juga Y.Bhg. Datuk Haji Hassan bin Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli MAINPP) serta delegasi-delegasi negeri Pulau Pinang yang lain kerana sudi menjemput kami anak-anak Pulau Pinang di perantauan dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tidak lupa juga jasa baik dari pihak Kedutaan Malaysia ke Amman, Jordan , pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan rakan-rakan seperjuangan di bumi Jordan ini. Jutaan terima kasih sekali lagi untuk semua ajk pelaksana majlis kerana berjaya mengadakan majlis ini pada malam ini .Buat akhirnya, saya ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian andai kata ada terkasar bahasa dan kata-kata saya yang mengguris perasaan sebentar tadi.
Tidak terlambat juga untuk saya Mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah dan Sambutan Ma’al Hijrah, semoga kedatangan Tahun baru 1431H ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan kita untuk memartabatkan Islam dipelusuh dunia Islam. Moga bulan baru dan tahun baru ini akan meningkatkan segala azam dan semangat baru seiring dengan iman dan amal kita.
Yang baik itu dari Allah swt, yang tersalah bicara dan lemah adalah dari diri saya sendiri. Hakikatnya dari Allah dan disandarkan pada diri yang lemah ini.
Mohd Shakir Bin Shafiee
YDP MUTIARA 2009

MAJLIS MAHASISWA PULAU PINANG JORDAN (MUTIARA)


MAJLIS MAHASISWA PULAU PINANG JORDAN atau lebih dikenali sebagai MUTIARA merupakan badan yang ditubuhkan demi menjaga kebajikan anak-anak Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Ia ditubuhkan pada 28 Februari 1997.

MOTTO MUTIARA
MAHASISWA CEMERLANG UMMAH GEMILANG

DASAR MUTIARA
AL-QURAN & AS-SUNNAH 

OBJEKTIF PENUBUHAN
1-MENYATUKAN MAHASISWA PULAU PINANG DALAM SATU PERSATUAN
2-MEMBERI KHIDMAT KEBAJIKAN KEPADA AHLI
3-BERTINDAK SEBAGAI BADAN PENGGALAK KE ARAH KECERMELANGAN AHLI DALAM SEMUA BIDANG
4-MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN AHLI
5-MENJADI SALURAN RASMI DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR PULAU PINANG DAN BADAN-BADAN RASMI DI PULAU PINANG SEPERTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG,MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG DAN LAIN-LAIN