Pages

Wednesday, February 1, 2012

UCAPTAMA YDP MUTIARA 2009/2010




Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum W.B.T …
Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malek Bin Abdul Aziz,
(Duta Besar Malaysia ke Jordan) serta isteri,
Yang Dihormati Tuan Haji Sulaiman bin Ismail,
(Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan) dan isteri,
Barisan rombongan dari Pulau Pinang yang diketuai oleh :
Yang Berhormat Haji Shabudin bin Yahaya
(Yang DiPertua MAINPP),
Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Haji Hassan bin Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli MAINPP) dan isteri,
Yang Dihormati Dato’ Wira Ayub bin Yaakob
(Ketua Polis Negeri Pulau Pinang merangkap ahli MAINPP) dan isteri,
Yang Dikasihi Tuan Haji Azman bin Abdul Samat (Pengurus Besar, Pusat Urus Zakat)
serta
Barisan intelektual delegasi, pegawai-pegawai dan Ahli Lembaga Pengarah (Pusat Urus Zakat), pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan serta hadirin dan hadirat wahana kegemilangan pencetus kecemerlangan.

Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
Adalah baiknya, saya meneruskan ucapan saya ini, dengan memberi sedikit gambaran, tentang statistik mahasiswa dan mahasiswi, anak-anak Pulau Pinang di Jordan.Untuk makluman delegasi dan hadirin sekelian, jumlah mahasiswa Pulau Pinang yang sedang belajar di universiti-universiti di jordan adalah seramai 29 orang. Dari jumlah ini merupakan jumlah yang sederhana berbanding dari negeri-negeri lain di mana para pelajarnya begitu ramai. Untuk perhatian hadirin sekelian juga, kompisisi peratusan ahli Pulau Pinang di Jordan ini adalah 30 peratus yang menuntut di JUST,Irbid dalam bidang perubatan dan pergigian, dan 70 peratus selebihnya menuntut dalam bidang fiqh usul,usuludin dan juga bahasa arab.

Dato’-Dato’, Datin-Datin dan Hadirin hadirat sekalian,
Untuk maklumat delegasi yang hadir, anak-anak Pulau Pinang di Jordan, menuntut di universiti yang berlainan, malah jarak antara satu universiti dengan universiti yang lain agak begitu jauh, oleh itu untuk memastikan anak-anak Pulau Pinang saling kenal mengenali antara mereka, khususnya dalam menjaga anak negeri ini, maka tertubuhnya satu badan kebajikan anak negeri yang diberi nama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan ATAU (MUTIARA).

Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
InsyaALLAH, MUTIARA akan sedia upaya memastikan, kebajikan ahli-ahlinya terjaga, dan berusaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bagi mengisi masa lapang ahli yang terluang. Justeru, MUTIARA sekaligus dapat membimbing ahli, menjadi seorang pelajar yang mempunyai sifat insaniah yang cemerlang, gemilang dan terbilang, di dunia dan di akhirat, di samping memperolehi kecemerlangan darti sudut akademik, InsyaALLAH.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Untuk memastikan kebajikan pelajaran anak-anak Pulau Pinang lebih terjamin, saya mewakili anak-anak Pulau Pinang disini ingin mencadangkan kepada majlis agama Islam Pulau Pinang agar menimbangkan dengan lebih serius tentang kadar kenaikan bantuan zakat dari RM 5000 kepada RM 12000. Ini selaras dengan negeri kita yang diiktiraf sebagai salah satu negeri yang maju. Untuk makluman dato-dato dan datin-datin, pelajar negeri Negeri Selangor dan Sabah sudah merasakan kenaikkan zakat dan apa kurangnya kita, Di samping itu juga, mengenai bantuan tetap kepada persatuan di sini,saya berharap agar pihak kerajaan, dan majlis agama Islam Pulau Pinang, dapat menyalurkan bantuan tetap tahunan kepada kami, bagi membantu perjalanan program dan aktiviti tahunan yang dapat dijalankan dan diteruskan dengan jayanya. Selain itu juga, saya berharap, selepas ini hubungan dan kerjasama yang lebih erat dapat diteruskan antara pihak persatuan di sini dan kerajaan negeri Pulau Pinang, bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak Pulau Pinang di sini lebih terjamin.

Dato’-Dato’, Datin-Datin dan Hadirin hadirat sekalian,
Anak-anak Pulau Pinang di bumi Jordan memang selalu merindui, lawatan sebegini dari delegasi-delegasi kehormat Malaysia, khususnya delegasi-delegasi kehormat dari negeri Pulau Pinang. Ini bagi memupuk semangat kasih sayang antara pemimpin dan rakyat khususnya kami di perantauan yang memang berhajat benar merisik khabar di tanah air tercinta. Dalam pepatah arab ada menyebut ” ziarahlah jarang-jarang nescaya akan bertambah kasih sayang. Jadi, pada malam ini, terbuktiklah jalinan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat telah tersemai. Alhamdulillah.

Para hadirin yang dirahmati ALLAH,
Untuk menutup ucapan saya pada malam yang penuh barakah ini, di malam awal tahun Muharram 1431H, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Haji Shabudin bin Yahaya (Yang DiPertua MAINPP), dan juga Y.Bhg. Datuk Haji Hassan bin Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli MAINPP) serta delegasi-delegasi negeri Pulau Pinang yang lain kerana sudi menjemput kami anak-anak Pulau Pinang di perantauan dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tidak lupa juga jasa baik dari pihak Kedutaan Malaysia ke Amman, Jordan , pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan rakan-rakan seperjuangan di bumi Jordan ini. Jutaan terima kasih sekali lagi untuk semua ajk pelaksana majlis kerana berjaya mengadakan majlis ini pada malam ini .Buat akhirnya, saya ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian andai kata ada terkasar bahasa dan kata-kata saya yang mengguris perasaan sebentar tadi.
Tidak terlambat juga untuk saya Mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah dan Sambutan Ma’al Hijrah, semoga kedatangan Tahun baru 1431H ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan kita untuk memartabatkan Islam dipelusuh dunia Islam. Moga bulan baru dan tahun baru ini akan meningkatkan segala azam dan semangat baru seiring dengan iman dan amal kita.
Yang baik itu dari Allah swt, yang tersalah bicara dan lemah adalah dari diri saya sendiri. Hakikatnya dari Allah dan disandarkan pada diri yang lemah ini.
Mohd Shakir Bin Shafiee
YDP MUTIARA 2009

No comments:

Post a Comment