Pages

Wednesday, September 25, 2013

MINGGU TAARUF SISWA (MTS)

Jordan- Pada 19,20 dan 21 September yang lalu, telah diadakan Minggu Taaruf Siswa (MTS) bagi semua Mahasiswa dan Mahasiswi tahun satu di setiap mantiqah Amman, Mu'tah, Irbid dan Mafraq. Pelbagai program yang disusun oleh Persatuan Zon bagi memberi pendedahan kepada Mahasiswa dn Mahasiswi tahun satu yang masih baru di Bumi Jordan. Dalam program tersebut slot bersama Education Malaysia Jordan (EMJ), Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diaturkan.

Dalam slot BKAN,  Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) telah mengadakan pertemuan antara pimpinan MUTIARA bersama ahli-ahli baru Mutiara.  Pada tahun ini, ahli Mutiara telah ditempatkan di mantiqah Irbid dan Mu'tah sahaja. Tuan Yang Dipertua MUTIARA, Ustaz Yuhakim Fitri Bin Yunus bersama ahli baru Mutiara di Irbid manakala Timbalan Yang Dipertua, Ustazah Nur Hanani Bt Yazi bersama ahli Mutiara di Mu'tah. Banyak maklumat serta pencerahan berkenaan MUTIARA telah disampaikan kepada ahli baru

Harapannya dengan pertambahan bilangan ahli keluarga MUTIARA, maka akan bertambah eratlah hubungan ukhuwwah bersama kita semua. semoga ukhuwwah yang dijalinkan ini dapat memberi satu perkembangan positif buat SEMUA ahli MUTIARA.

::Membangun Bersama Mutiara::

Disediakan oleh,
Majlis Mahasiwa Pulau Pinang Jordan
MUTIARA
Sesi 2013/2014.

Ahli MUTIARA mantiqah Mu'tah

Slot MUTIARA di sampaikan oleh Ustazah Hanani di Universiti Mu'tah

Ucapan aluan Tuan YDP dlm slot bkan di Dewan Al-Kindi, Uni Yarmouk..

Ahli Baru Mutiara di Irbid..

Minggu Taaruf Siswa (MTS) Irbid

Minggu Taaruf Siswa (MTS) Mafraq

Thursday, September 12, 2013

KETIBAAN PELAJAR PULAU PINANG

Amman, 10 SEPT 2013- Alhamdulillah, seramai 6 orang pelajar dari Pulau Pinang telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman. Mereka tiba pada jam 5.00 pagi menaiki pesawat Royal Jordanian.Ketibaan mereka disambut oleh Yang Dipertua, Ustaz Yuhakim Fitri Bin Yunus serta Timbalan Yang Dipertua, Ustazah Nur Hanani Binti Yazi bersama wakil persatuan mantiqah.Semua pelajar tersebut diuruskan oleh persatuan mantiqah masing bagi urusan penempatan dan sebagainya.
Kami di MUTIARA Jordan mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada kalian yang telah selamat tiba dalam keadaan yang baik di Dataran Syam ini. Semoga kita semua berolah kejayaan dalam menuntut ilmu di bumi yang barakah ini.

Berikut adalah senarai nama pelajar tersebut:

1. Muhd Haikal Bin Taib - Universiti Mu'tah
2. Zubair Bin Amir Nur Rashid - Universiti Mu'tah
3. Muhammad Naqy Bin Suhaimi - Universiti Mu'tah
4. Syamim Zakwan Bin Rosman - Universiti Yarmouk 
5. Nusaibah Bt Mohamad - Universiti Mu'tah 
6. Nadiah Bt Mohamad Ghani - Universiti Mu'tah
                                                    Ketibaan disambut Timbalan Yang Dipertua MUTIARA
Alhamdulillah.. Selamat sampai...

Turut sama bersama mereka pelajar dari negeri Pahang


Thursday, September 5, 2013

SAMBUTAN PELAJAR BARU (SPB) SEJORDAN 2013

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan mengucapkan Selamat Datang ke Bumi Syam buat Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya anak Pulau Pinang.... Kami di barisan pimpinan mengalu-alukan kedatangan kalian semua menjadi ahli keluarga baru MUTIARA. Semoga segala urusan kalian semua dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t.....

Senarai Nama Pelajar Pulau Pinang ke Jordan melalui JHEAIPP:

1. Muhd Haikal Bin Taib                             - Universiti Mu'tah 
2. Zubair Bin Amir Nur Rashid                    - Universiti Mu'tah 
3. Muhammad Naqy Bin Suhaimi                - Universiti Mu'tah 
4. Syamim Zakwan Bin Rosman                  - Universiti Yarmouk
5. Nusaibah Bt Mohamad                           -  Universiti Mu'tah 
6. Nadiah bt Mohamad Ghani                     - Universiti Mu'tah

MUTIARA mengucapkan tahniah dan syabas kepada kalian kerana terpilih bagi melanjutkan pengajian ke Bumi Jordan ini. Rebutlah segala peluang yang ada ini bagi memenuhi bekalan ilmu di dada. Kami menanti kedatangan kalian semua. 

:: Membangun Bersama Mutiara ::
:: Mahasiswa Cemerlang Ummah Gemilang ::


Disediakan oleh,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA)
Sesi 2013/2014.

KURSUS ORIENTASI PERSEDIAAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH

Kepala Batas, 5 September 2013 : Suatu program telah diadakan buat bakal Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan melanjutkan pengajian ke Bumi Syam dan Ardul Kinanah. Program ini telah diadakan pada tanggal 27 dan 28 Ogos 2013 Masihi bersamaan 21 dan 22 Syawal 1434 Hijrah, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas yang disertai oleh 10 peserta Jordan dan 42 peserta Mesir yang terdiri daripada Bidang Pengajian Islam dan Sains Perubatan. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM).

Program ini telah membuka tirainya pada jam 3 petang dengan Majlis Perasmian yang telah dirasmikan oleh Pegawai Bahagian Pendidikan JHEAIPP Ustaz Muhd Luqman Hakim Mokhtar. Seterusnya program diteruskan dengan slot-slot yang telah diatur oleh pihak penganjur. Mantan YDP MUTIARA, Ustaz Muhammad  Zharif dan Mantan YDPAH, Ustazah Nurul Azzah turut sama meluangkan masa memberi pengisian buat bakal generasi baru yang akan melanjutkan pengajian ke Bumi Syam.

Program ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP) Dr. Azman Abdul Samad dan ucapan ringkas dari wakil MUTIARA, Ustaz Muhammad Zharif Bin Ahamad. Dengan ini, diharapkan program ini dapat memberi pencerahan dan manfaat kepada semua yang hadir khususnya buat generasi baru yang akan ke Bumi Syam tak lama lagi.

::Membangun Bersama Mutiara::

Disediakan oleh,
Setiausaha Agong,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014

Para peserta Mesir dan Jordan bergambar bersama Dr. Azman

Wajah generasi baru yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan

Barisan urusetia yang hadir meluangkan masa

Wakil pimpinan MUTIARA bergambar bersama Mantan YDP dan YDPAH

Majlis Penutup bersama Dr Azman

Sedikit penghargaan buat Ust Zharif

Sedikit penghargaan buat Ustzh Nurul Azzah

Slot yang disampaikan oleh Ust Nurul Azzah

Perutusan Hari Raya Aidil-Fitri 1434H

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.,
Segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT setelah selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan terbitnya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

Asimilasi dari tarbiyah Ramadhan lah yang akan membentuk bagaimana peribadi individu Muslim yg sebenarnya . Terminal akhir kita adalah puncak TAQWA. Aidilfitri merupakan hari kemenangan ummat Islam. Bagi  mencapai kemenangan yang gembira ini serta meraikan fitrah manusia yang suka akan kebaikan, marilah sama-sama kita menghayati dan meniti setiap ibrah daripada sirah para sahabat di bulan Syawal yang mulia ini untuk memberi kekuatan kepada kita menyusuri bulan-bulan mendatang. InshaALLAH, sekiranya dipanjangkan usia, kita akan bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, dan barisan pimpinan Ahli Lembaga Tadbir MUTIARA sesi 2013/2014 mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Wabillahi Taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


:: Membangun Bersama Mutiara ::

Nur Hanani Bt Yazi
Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.


Wednesday, September 4, 2013

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia

Kepala Batas - Pada 7 Ogos 2013, ALUMNI Mutiara Jordan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli MUTIARA yang pulang bercuti di Malaysia. Program ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Encik Fitri berbesar hati menaja Majlis Berbuka Puasa kami pada kali ini. Majlis ini dapat mengeratkan ukhuwwah  antara ahli MUTIARA yang masih menuntut di Jordan bersama senior-senior graduan dari Jordan. Ramai senior MUTIARA yang turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ini. Antara mereka yang hadir ialah Ustaz Shaker, Ustaz Zharif, Ustazah Nurul Azzah, Ustaz Ammar, Ustaz Syazwan, Dr Nabilah dan yang lain.

Semoga ukhuwwah yang telah terjalin antara ahli Mutiara bersama senior-senior dapat terus dikekalkan.. Harapnya program-program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang bersama senior-senior graduan lepasan Jordan. Barisan Kepimpinan MUTIARA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Fitri dan senior-senior MUTIARA atas kesudian menjayakan program ini. 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Fitri...
Maaf Zahir dan Batin...

:: Membangun Bersama Mutiara::


Disediakan oleh,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.



Tuesday, September 3, 2013

Majlis Berbuka Puasa MUTIARA Ramadhan 1434H

Jordan - Pada Bulan Ramadhan yg lalu, Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama semua ahli MUTIARA. Majlis tersebut diadakan di setiap mantiqah. Program ini dapat mengeratkan ukhuwwwah sesama ahli MUTIARA di mantiqah masing-masing. Ini adalah satu inisiatif yang dirancang oleh MUTIARA disamping program Ihya Ramadhan iaitu Akademi Ramadhan (AKRAM) yang dikendalikan oleh persatuan mantiqah masing-masing. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi  manfaat untuk semua anak-anak Pulau Pinang di Jordan...

InshaALLAH.... Kita akan bertemu lagi dalam program yang akan datang.... Barisan Kepimpinan MUTIARA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Fitri......
Maaf Zahir dan Batin...
Semoga segala amal ibadat diterima oleh ALLAH.....

:: Membangun Bersama Mutiara ::

Disediakan oleh,
Setiausaha Agong,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.

Majlis Berbuka Puasa Mantiqah Mu'tah


 

Majlis Berbuka Puasa Mantiqah Amman

Majlis Berbuka Puasa Puasa Mantiqah Irbid