Jordan - Pada Bulan Ramadhan yg lalu, Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama semua ahli MUTIARA. Majlis tersebut diadakan di setiap mantiqah. Program ini dapat mengeratkan ukhuwwwah sesama ahli MUTIARA di mantiqah masing-masing. Ini adalah satu inisiatif yang dirancang oleh MUTIARA disamping program Ihya Ramadhan iaitu Akademi Ramadhan (AKRAM) yang dikendalikan oleh persatuan mantiqah masing-masing. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat untuk semua anak-anak Pulau Pinang di Jordan...
InshaALLAH.... Kita akan bertemu lagi dalam program yang akan datang.... Barisan Kepimpinan MUTIARA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Fitri......
Maaf Zahir dan Batin...
Semoga segala amal ibadat diterima oleh ALLAH.....
:: Membangun Bersama Mutiara ::
Disediakan oleh,
Setiausaha Agong,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.
Majlis Berbuka Puasa Mantiqah Mu'tah
Majlis Berbuka Puasa Mantiqah Amman
Majlis Berbuka Puasa Puasa Mantiqah Irbid
No comments:
Post a Comment