Pages

Thursday, September 5, 2013

Perutusan Hari Raya Aidil-Fitri 1434H

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.,
Segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT setelah selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan terbitnya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

Asimilasi dari tarbiyah Ramadhan lah yang akan membentuk bagaimana peribadi individu Muslim yg sebenarnya . Terminal akhir kita adalah puncak TAQWA. Aidilfitri merupakan hari kemenangan ummat Islam. Bagi  mencapai kemenangan yang gembira ini serta meraikan fitrah manusia yang suka akan kebaikan, marilah sama-sama kita menghayati dan meniti setiap ibrah daripada sirah para sahabat di bulan Syawal yang mulia ini untuk memberi kekuatan kepada kita menyusuri bulan-bulan mendatang. InshaALLAH, sekiranya dipanjangkan usia, kita akan bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, dan barisan pimpinan Ahli Lembaga Tadbir MUTIARA sesi 2013/2014 mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Wabillahi Taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


:: Membangun Bersama Mutiara ::

Nur Hanani Bt Yazi
Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA),
Sesi 2013/2014.


No comments:

Post a Comment