-Andai dipetik teluka jari,jika
dilihat anggun mempersona-
Mafraq dilanda kesejukkan yang
menguji.Setebal ujian Iman dan Islam.Hatiku juga turut terkena bayu-bayu yang
menghembus,yang memisahkan aku dengan Pencipta.Aku terasa berdosa,dikala
berhubungan dengannya,seakan-akan dicalari tona-tona yang menguris Imanku pada
setiap masa.Ya Allah,ampunkanlah dosaku,sekiranya aku menggunakan wasilah
melaksanakan “amanah” untuk mengangkiriMu.Aku tahu,huraian kitabMu,
hukumMu,namun aku terbuai juga akhirnya.
“Tengok apa tu akak..?”getus
Nabila menyentap fikiranku.
“Tak ada apalah dik,akak sedang
lihat si comel bermain dengan anaknya.”Aku mengalihkan pandangannya.Kebetulan
dua ekor kucing sedang bermain.
“oh..ingatkan ada masalah..macam
mana program yang akan datang..?sudah beres semua..?”
“Alhamdulillah,so far ok la buat
setakat ni..”
“ketua akak ok..?”
“Alhamdulillah..oklah..dia
berurusan dengan hikmah.Tidaklah terasa tertekan..”
“oklah akak.Bittaufiq ya..”
“wa iyakaki..”
Nabila meninggalkanku.aku berjaya
menyembunyikan perasaanku yang bercelaru tanpa pengetahuannya.Namun,aku tidak mampu
menyusukkan apa yang ku fikirkan daripada pengetahuan Ilahi.Dia mengetahui
segala-galanya,yang berada di langit mahupun di bumi.Sewaktu ustaz Bassam,
menghubungiku,sewaktu itulah aku bimbang,berapa bayakkah perbincangan aku
dengannya berasaskan tugasan,dan berapa banyak senda gurau tanpa batasan yang
ku lakukan.Aku sungguh takut andai tugasan digunakan sebagai wasilah melawan
perintah Allah.Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku tanpa aku sedari.
Aku mengambil telefon bimbitku
lalu aku menulis pesanan ringkas kepadanya.
Salam.Akhi
Bassam.ana tidak bermaksud melukakan hati anta.Tetapi keadaan membuatkan ana
terpaksa mengutuskan masej ini.Akhi Bassam,kita belajar dalam takhasus yang
sama,subjek yang sama,ajaran yang sama,mana mungkin kita boleh mengingkari
perintah Allah dan RasulNya.Ana tahu akhi,kita berhubung di atas dasar kerja,tetapi
tanpa disedari,senda tawa bersembunyi disebalik tugasan yang kita lakukan.Entah
kenapa setiap kali selepas berhubungan,hati ana terasa jauh daripada
Allah,setiap kali solat,hati ana tidak khusyuk padaNya.Ana bimbang,mungkin ini
sebabnya ana berasa sedemikian.Ana mohon kita berhubung hanya perkara
mustahak,itupun melalu wasilah ym ataupun pesanan ringkas melalui telefon
bimbit.Ana mohon maaf,andai anta tersinggung.Sekian.Wassalam.
Tidak lama kemudian,Bassam
membalas pesanan ringkas kepadaku.
Ukhti
huda..Assalamualaikum.Kiriman ini menyedarkan ana di atas kekhilafan ana selama
ini.Terima kasih tidak terhingga di atas nasihat dan teguran yang mengetuk
pintu hati ini.Mudah-mudahan ana tidak terleka lagi selepas ini.Jadilah dirimu
umpama,mawar berduri,dipetik jari terluka,namun terpersona jika dipandang
kerana akhlak yang ada pada diri enti.Mudah-mudahan ketegasan ini menyekat diri
kita daripada terleka.Wassalam.
Selepas hari itu,hatiku
seakan-akan dekat menghampiri Allah,Kehadiran kebesaran Allah dapat aku
hadirkan apabila aku mendirikan solat.Alhamdulillah,aku di perlihara daripada dosa,terleka dan lalai yang dilakukan
tanpa ku sedari.Terima Kasih Ya Allah.
Pengajaran
1.jauhi
ikhtilat tanpa batasan syariat.
2.Lakukan
tugasan dengan jujur,tanpa mengambil kesempatan diatas amanah.
3.Selalu
berdoa agar Allah menjauhi kita daripada dosa-dosa tanpa disedari.
4.Bertaubat
dan berubah.
Sekian,nukilan
daripada insan kerdil Qalam Daie
WAN MOHAMMAD TAUFIK BIN WAN MOHD KAMAL
JAMIAH AL AL-BAYT
BENDAHARI AGUNG 2011/2012