Bismillahirahmanirrahim,
“sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah lah tempat kita kembali”
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
Dilaporkan kemalangan ini meragut dua nyawa (termasuk bayi dalam kandungan) dan 4 mangsa yang lain cedera.
sehubungan itu dengan penuh dukacitanya kami warga Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Sumaiyah Binti Romli, penuntut tahun 1 University Kolej London atas pemergian ke rahmatullah pada petang Jumaat 21 Jun 2013 (waktu Jordan).
Juga takziah kepada pasangan Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin dan Humairak Binti Ibrahim, kedua-duanya adalah penuntut tahun 3 universiti Yarmouk, Jordan, atas keguguran bayi dalam kandungan yang selamat dikebumikan pada pagi sabtu 22 Jun 2013 (waktu Jordan).
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu..." (Surah Ali-Imran, ayat 185).
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?” (Surah Al-Ankabut, ayat 2)
Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan kesalahan-kesalahan si mati.
Pada kesempatan ini, Pimpinan MUTIARA 13/14 mengajak agar kita sama-sama mendoakan kesembuhan 4 pelajar yang masih dalam rawatan di hospital. Di samping menyeru agar semua pelajar di Jordan khususnya ahli-ahli MUTIARA agar sentiasa menjaga dan meningkatkan keselamatan diri masing-masing.
::Membangun Bersama MUTIARA::
::Mahasiswa Cemerlang Ummah Gemilang::