Pages

Monday, November 4, 2013

1 MUHARRAM MEMPERKASAKAN KUALITI DIRI

Pendahuluan
Tahun ini merupakan tahun baru bagi umat Islam. Tahun yang sering dikaitkan dengan hijrah Rasulullah S.A.W dan tahun menuai azam baru. Sebagai seorang muslim, kita wajib memperkasakan diri bagi meningkatkan pencapaian yang membanggakan sebagai seorang hamba Allah dan juga sebagai seorang Khalifah di bumi Tuhan. Bukan hanya membazirkan masa, tetapi menmanfaatkan masa, supaya pencapaian umat Islam dapat dipertingkatkan. “Apa yang kita ada kita perkasakan dan apa yang tiada kita usahakan.”

Tahun ini, usah dibiarkan pergi!

1.  Koreksi Diri (Muhasabah)

Firman Allah dalam Surah al-Asr
“ Demi Masa, Sungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yakni, orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Sungguh kita ini sering tertipu dengan diri sendiri. Dek kerana merasa selesa (comfort zone), masa yang ada dibiarkan berlalu tanpa memanfaatkan untuk diri sendiri, apatah lagi untuk ummah.

Pandanglah ke negeri matahari terbit, bagaimana mereka menguruskan masa. Mereka bekerja sebelum matahari terbit, dan pulang dari tempat kerja selepas matahari terbenam. Bukankah sepatutnya sikap kita begitu?.

Lihatlah diri daripada pelbagai sudut. Samaada dari sudut penampilan diri, akal pemikiran serta tindakan, sejauh mana potensi diri yang sudah digilap?. Atau dibiarkan berkarat sehingga reput tanpa dibersihkan.

Masa kita merupakan “emas kita”, jadikan diri pandai berniaga, supaya untung dapat digandakan. Bukannya merugikan tanpa pulangan. Emas, semakin lama semakin mahal. Jadikan masa seperti emas. Bila kita gunakan emas sebaik mungkin di masa sekarang, pulangannya akan kita nikmati pada masa hadapan.

Jadilah seperti imam Hanafi, beliau juga seorang peniaga. Namun, walaupun dirinya seorang peniaga, namun sumbangan pada agama khususnya dalam bidang fiqh juga amat mengkagumkan.

2. Bijak MENGAMBIL peluang.

Sebelum mengambil peluang, klasfikasikan Kekuatan diri dengan Kelemahan diri. Bezakan kedua-duanya, yang mana kalau dibiarkan merugikan dan yang mana harus diperbaiki lagi menguntungkan.

Kita sering takut mencuba sesuatu yang baharu, menyebabkan diri kita dikekang untuk maju. Inilah punca kita sering meniru apa yang dihasilkan oleh orang lain. Binalah semangat “inovasi” bagi mengejar kemajuan dalam hidup, khususnya untuk agama, bangsa dan negara. Jangan berhenti mencipta sesuatu yang baru dan letaklah Islam sebagai neraca di dalam sesuatu tindakan.

Percayalah, kemajuan terletak di bawah kata kunci “inovasi”.

3. Mengatur Strategi

Strategi merupakan sesuatu pelan yang diatur dan “asasnya” ialah garapan ilmu dan pengalaman. Pelbagaikan strategi bagi memudahkan kita bertindak. Tanpa pelan juga sesuatu tindakan menjadi gopoh-gapah.
Binalah jadual dan perancangan mengikut hari, minggu, bulan dan tahun supaya kita mudah mengatur masa depan dengan lebih gagah.

Jadikanlah melaksanakan strategi itu sebagai satu amanah.

4. Bersungguh-sungguh

Firman Allah ;
“Tetapkanlah engkau (Muhammad) (dijalan yang benar), sebagaimana yang telah diperintahkan padamu..”
Surah Hud 112

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 “Amalan yang amat dicintai oleh Allah ialah  yang berterusan walaupun sedikit.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Konsisten pada setiap apa yang dilakukan adalah sebaik-baik amal yang dicintai Allah.
Amal yang dilakukan dengan bersungguh-sunguh membuahkan hasil yang berkualiti. Kualiti sesuatu barang itu menyebabkan harganya begitu mahal!.

5. Hanya MENCARI Redha Allah

“HAMRA” akronim daripada hanya mencari redha Allah. Membuatkan langkah kita begitu berani. Pedulikan apa yang diomongkan orang, apa yang penting adalah apa yang kita kerjakan hanya mencari redha Allah, bukan mencari redha Manusia.

Carilah redha Allah dengan berpegang teguh dengan Al-quran dan As-Sunnah. Fitrah manusia adalah percaya dengan apa yang dipegang olehnya. Jika itu prinsip yang digenggam, maka tiada sesalan dunia mahupun di akhirat.

Penutup

Jadilah tahun ini merupakan tahun yang terbaik daripada sebelumnya, dan tahun yang akan datang adalah jauh lebih baik daripada tahun ini. Beramal dan bekerjalah demi menjulang kembali Islam yang kian pudar tanpa kemajuan dan kebanggaan.

Qalam daie al-Mafraqi 28 Zulhijjah 1434H

NUKILAN,

WAN MOHAMMAD TAUFIK BIN WAN MOHD KAMAL
TAHUN 3 BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN
UNIVERSITI AL-BAYT

MAJLIS MAHASISWA PULAU PINANG JORDAN 
MENGUCAPKAN 
SALAM 1 MUHARRAM 1435 H 
KEPADA SEMUA AHLI MUTIARA JORDAN

Friday, November 1, 2013

PROGRAM RAMAH MESRA MUTIARA

Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) membawakan kepada semua ahli MUTIARA.... "Program Ramah Mesra MUTIARA Jordan 2013/2014"..... Nantikan update terbaru daripada kami di laman Facebook- Mutiara Jordan...

Program ini akan mengumpulkan semua anak-anak Pulau Pinang yang menuntut di universiti-universiti di Jordan. Program yang saban tahun diadakan ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwwah sesama ahli Mutiara bersama kepimpinan sesi ini...

Ayuh semua "SAVE THE DATE" utk sama-sama kita hadirkan diri ke program ini yg akan diadakan pada 29 NOVEMBER 2013 bertempat di Mutah...

::MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA::