Pages

Saturday, April 4, 2015

[KEPUTUSAN PILIHANRAYA BAGI SESI 2015/2016]

Alhamdulillah semalam semasa berlangsungnya Philadelphia Night, keputusan pilihanraya MUTIARA kali ke-2 telah berjaya diumumkan. Dan tanpa berkalam panjang, di sini Mamu ingin ulang semula dalam bentuk tulisan berkenaan keputusan dan analisa pilihinraya yang diumumkan semalam. Bak kata otai MUTIARA kita, Fahmi Ibnu Jamil " Memori itu akan kekal pabila dilakar dalam bentuk tulisan atau lukisan". Jadi, here we go:-

PILIHANRAYA MUTIARA KALI KE-2:
Jumlah yang turun mengundi : 56 org (AGM), 11 orang (online)
Undia rosak : 1 orang (AGM), 1 orang (online)
Jumlah undian yang dikira : 65 undian
Undian melalui pangkahan tertinggi:
Syabab:
- Muhammad Ansari Bin Paslan = 67 undian
- Muhammad Nazirul Bin Mohd Musidi = 56 undian
- Muhammad Ridzuan Bin Mat Din = 56 undian
Akhowat:
- Nurul Fatin Amira Binti Sham Ali = 59 undian
- Nur Sofia Hafifi Binti Zulkifly = 41 undian
- Nurul Najihah Binti Abdul Wahab = 40 undian
Pemenang bagi kerusi YDP:
- Muhammad Ansari Bin Paslan = 48 undian
Pemenang bagi kerusi TYDP:
- Nurul Fatin Amira Binti Sham Ali = 46 undian

Jadi, Mamu ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat kesemua Ahli Majlis Tertinggi MUTIARA yang baru dan semoga dapat memimpin MUTIARA dengan lebih cemerlang, gemilangan dan terbilang pada sesi depan.

Dan buat semua ahli MUTIARA yang sempoi-sempoi belaka, Mamu mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang kalian berikan sepanjang sesi pilihanraya kita ini yang berlangsung hampir sebulan bermula dari sesi pencalonan sehinggalah saat ini. Hampa memang sempoi baqhang =]
Dan untuk yang terakhir, Mamu mewakili Ahli Jawatankuasa Pilihanraya MUTIARA kali ini ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan atas apa jua kesalah mahupun ketidaksempurnaan sepanjang sesi pilihanraya kali ini. Yang mana yang baguih kita jadikan contoh, yang mana yang tak baguih kita buang jauh2 nohh. Lagi sekali terima kasih semua dan semoga kita bertemu lagi di lain masa.

Okay, Mamu pun dah nak balik Penang ni, lama dah Mamu tak pekena pasemboq Padang Kota. Mamu ingat dinner semalam ada pesemboq Padang Kota, tapi takpa. Kita takdak pasemboq padang kota pun takpa sebab yang pastinya kita ada anak MUTIARA yang sempoi2 belaka =]

Baik, Mamu SPR mohon unduq diri dulu nah.
Assalamualaikum





 smile emoticon


No comments:

Post a Comment