Pages

Monday, July 20, 2015

PERUTUSAN AIDILFITRI 2015.

{ Perutusan AidilFitri 2015M/1436H }

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Masih belum terlambat bagi saya mewakili barisan kepimpinan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh ahli Mutiara Jordan samada berada di Jordan mahupun Malaysia.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua barisan Ahli Lembaga Tadbir atas usaha antum menjalankan program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bersama ahli Mutiara.

Semoga kehadiran Syawal ini dapat dimanfaatkan dengan amalan ziarah menziarahi dan sebagainyaa namun jangan diabaikan batas-batas dan adab-adab dalam Islam sewaktu kita berhari raya.. Bagi yang berada di Jordan, sama-sama kita fokus kepada pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

Akhir kata, saya mewakili pimpinan Mutiara memohon kemaafan kepada semua andai terdapat sebarang kesilapan dari kami. Sama-samalah bantu kami untuk membawa Mutiara kearah yang lebih baik.

" Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu berbuat DOSA, yang panjang itu amal SOLEH, yang indah itu saling MEMAAFKAN "

"MEMBANGUN BERSAMA MUTIARA"

Muhammad Ansari Bin Paslan
Yang Dipertua
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan
sesi 2015/2016


No comments:

Post a Comment